• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balu Nazrin Sedia Terima Syarat Ikat Jamin Terhad

oleh
26/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini, dia sedia menerima syarat ditetapkan, jika permohonan ikat jaminnya dibenarkan sementara menunggu perbicaraan bermula September nanti.

Peguam, Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah Muzaffar, berkata anak guamnya hanya mahu bersama empat anaknya, dengan dua daripadanya berusia bawah 4 tahun.

“Okey untuknya jika dia perlu berada dalam rumahnya sepanjang masa dan melapor diri di balai polis setiap hari sebagai sebahagian syarat,” katanya yang menggesa mahkamah memberikan ikat jamin kepada Samirah.

Samirah dan dua anak remajanya didakwa membunuh Nazrin di rumah mereka di Mutiara Damansara pada 14 Jun 2018.

Samirah masih di bawah tahanan selepas didakwa di Mahkamah Majistret pada 4 Mac lalu.

Awal bulan ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonannya atas alasan wanita itu gagal menunjukkan dia boleh diikat jamin bagi pertuduhan membunuh yang membawa hukuman mati.

Perbicaraan kes Samirah dijadualkan bermula 3 September ini.

Hari ini, Shafee memberitahu mahkamah, hakim “tidak konsisten” dalam permohonan ikat jamin oleh Samirah dan 2 remaja itu.

“Dia dinafikan ikat jamin kerana mahkamah rendah memutuskan mungkin saksi yang antaranya merupakan ahli keluarganya, akan diganggu.

“Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada dua remaja itu,” katanya merujuk dua remaja itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 setiap satu.

Shafee berkata, Samirah hanya dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan bunuh 10 bulan selepas suaminya meninggal dunia.

“Sebelum ini, dia direman dan dibebaskan atas jaminan polis. Dia tidak pernah terlepas jaminan polis sepanjang tempoh 2 bulan.”

Timbalan pendakwa raya, Jamil Aripin berkata, Mahkamah Rayuan tidak patut campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi.

“Tiada kesilapan hakim dalam melaksanakan budi bicaranya untuk menolak ikat jamin.”

Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Kamardin Hashim menangguhkan pendengaran kepada 10 Mei sementara menunggu penghujahan Jamil.

Hakim lain dalam panel itu adalah Rhodzariah Bujang dan Mohamad Zabidin Diah.

Kes Nazrin pada mulanya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, sebelum polis menukarnya kepada kes bunuh selepas siasatan menemui kesan petrol di tempat kejadian. – FMT

Tags: CEO Cradle Fundkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd