• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyik Bertikam! Tok Mat Cadang Ubah Lambang UMNO

oleh
11/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mencadangkan lambang keris pada logo parti itu diubah agar senjata Melayu itu dilengkapi dengan sarung.

Dalam nada berkias, Mohamad berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi bagi mengelakkan perbalahan sesama ahli.

“Jadi tidak timbul lagi soal masih lagi nak bertikam antara satu sama lain. Saya ingat nanti saya nak bawa cadangan ini ke Majlis Tertinggi.

“Lambang UMNO keris itu mesti kena sarung. Sebab keris tak bersarung ini nak berentap dan bertikam sahaja antara satu sama lain. Bila dah duduk dalam sarung, keris itu duduk diam-diam,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau.

Semalam, Mohamad menegaskan supaya pemimpin berhenti daripada membuat spekulasi yang tidak sihat sehingga memberi kesan kepada parti.

Ia susulan spekulasi mengatakan beliau akan menjadi perdana menteri seperti yang didakwa beberapa pemimpin BN sebelum ini.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menerusi pentas ceramahnya malam tadi mengingatkan ahli dan penyokong parti itu tidak mengamalkan “politik sate” iaitu budaya cucuk-mencucuk pemimpin, kerana ia boleh memecahbelahkan parti.

Nafi wujud tikam lidah dalam UMNO

Mohamad menafikan berlakunya “tikam-menikam” antara beliau dan Zahid kerana semua tindakannya dimaklumkan kepada presiden UMNO itu sepanjang memangku jawatan tersebut.

Susulan itu, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan segala spekulasi dan memberi tumpuan kepada agenda utama untuk memgukuhkan parti dan membuat persiapan bagi menghadapi PRU15.

Kuasa autonomi UMNO di Sabah

Mengulas mengenai prestasi sepanjang menjalankan tugas presiden, Mohamad berkata beliau juga sedang memberi tumpuan untuk menurunkan kuasa autonomi khususnya di Sabah.

“Sabah dalam jangka masa panjang tidak sesuai untuk Umno diurus daripada ibu pejabat. Situasi di Sabah, mereka tidak suka parti daripada Semenanjung.

“Mereka lebih suka dari Sabah dan Sarawak. Kita akan buat sebagaimana yang dibuat di Sarawak. Di sana tidak ada UMNO tapi kita ada parti yang bersekutu dengan kita,” katanya.

Beliau juga mengucap “selamat maju jaya” kepada PPBM yang melebarkan sayapnya di Sabah baru-baru ini.

“(Tetapi) Saya tidak rasa Sabah dan Sarawak akan terima PPBM di Sabah dan Sarawak. Itu bukan masalah saya.

“Saya cuba nak bagi kenyataan saja. Bukan nak menghina tapi itulah hakikat,” katanya. – FMT

Tags: Mohamad HasanPRK RantauUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd