• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Keputusan Penganjuran Forum Wanita Buka Tudung?

oleh
20/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan yang masih berdiam diri berhubung penganjuran forum dan pelancaran buku mengenai ‘Wanita Melayu dan Membuka Tudung’ dipersoal sekali gus seolah-olah membuktikan perkara tersebut hanya dipandang remeh sahaja.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad malah menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang hanya ‘mengambil serius’ mengenai penganjuran forum tersebut masih tidak mencukupi sekiranya tiada sebarang tindakan dikenakan.

Jelas beliau, penganjuran forum sedemikian bukan sahaja memberi kesan buruk tetapi juga menimbulkan kekeliruan kepada golongan bukan Islam dan sesiapa sahaja yang ingin ‘berhijrah’ untuk bertudung.

“Sebagai umat Islam, kita pun kagum dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mengenakan tudung bagi menghormati keluarga mangsa beragama Islam yang terbunuh di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini.

“Persoalannya, apa keperluan penganjur untuk mengadakan forum sedemikian? Mengapa perlu mencetuskan provokasi melalui penganjuran program yang penuh kontroversi ini dan mengapa perlu menjemput golongan dianggap murtad sebagai panelis program?” soal Noraini dalam kenyataan di sini hari ini.

Program ‘Wanita Melayu dan Membuka Tudung’ yang diadakan pada 13 April lalu di Petaling Jaya berkisar tentang perkongsian pengalaman tiga wanita bertudung sebelum mengambil keputusan untuk tidak bertudung.

Penganjuran program itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan Mujahid turut mengeluarkan kenyataan, Isnin lalu yang menegaskan program tersebut akan disiasat secara adil dan sebaiknya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tambah Noraini, penganjur seharusnya faham dengan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat, bukannya menimbulkan kontroversi sedemikian.

“Kita semua berharap agar Mujahid berpendirian tegas apabila isu-isu sebegini timbul. Bukannya tahu berkanda-adinda sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mujahid Yusof Rawanoraini ahmadtudungwanita melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Noraini Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi

06/08/2021
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta....

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd