• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Rasmi Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser di Bukit Fraser di sini malam ini.

Baginda sebelum itu tiba di majlis berkenaan pada 8.50 malam dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Majlis ulang tahun seumpama itu julung kali diadakan sejak pembukaan Bukit Fraser iaitu daripada sebuah kawasan perlombongan kepada sebuah pusat peranginan tanah tinggi oleh seorang pengembara yang juga ahli perniagaan Scotlands, Louis James Fraser pada 1919.

Sempena majlis perasmian itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan Beg Paip St. John’s Johannians Pipes and Drums serta pentomin yang menceritakan kembali tentang sejarah pembukaan Bukit Fraser 100 tahun lalu dengan turut menampilkan pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata Bukit Fraser yang berkeluasan 6,930 hektar dengan puncak tertingginya 1,420 meter dari paras laut, hanya 30 peratus sahaja daripada kawasannya dibangunkan.

Katanya ia kaya dengan pelbagai keindahan alam flora dan fauna dan lebih 260 spesies burung menyebabkan kawasan itu sering menjadi tumpuan pencinta alam dan lokasi mengejar burung.

“Selain Bukit Fraser, Pahang mempunyai banyak kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands yang amat sensitif dengan alam sekelilingnya dan kerana itu, kawasan ini terus dijagai.

“Oleh itu pentadbiran kerajaan negeri sentiasa menjaga agar alam sekitar terus terpelihara,” katanya.

Tags: Bukit FraserPahangYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd