• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Sah Bantu Kempen Tok Mat

oleh
05/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Walaupun baharu keluar hospital, ia tidak menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meneruskan rutin mingguannya menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan akan turun berkempen membantu calon BN, yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam PRK DUN Rantau.

“Insya-ALLAH saya akan pergi dan Alhamdulillah kesihatan (juga) bertambah baik,” katanya ringkas ketika ditemui selepas berakhirnya kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini, pagi ini.

Kempen itu adalah sebagai sokongan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Sebelum ini, Abdul Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan susulan kesihatan.

Pemimpin utama PAS itu pernah dimasukkan ke IJN Mei 2017 untuk menjalani pembedahan penggantian injap jantung dan menerima rawatan intensif daripada pakar-pakar di situ selama sebulan.

Dalam pada itu, PRK DUN Rantau pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Mohamad akan cuba mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar tiga lagi calon iaitu Dr. S Streram (PH); R Malar (Bebas) dan Mohd Nor Yassin (Bebas). – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangMohamad HasanPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seoul Isytihar Darurat, Kebakaran 5 Bandar Di Gangwon

Next Post

KWSP Kredit RM9.51 Juta Insentif Ke Akaun i-Suri

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Next Post

KWSP Kredit RM9.51 Juta Insentif Ke Akaun i-Suri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd