• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Ahli Parlimen PH Tak Hadir Ketika Proses Pengundian

oleh
12/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak empat ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak menghadiri proses pengundian sewaktu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak.

Empat Ahli Parlimen tersebut adalah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam), Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Hang Tuan Jaya), Noor Amin Ahmad (Kangar) dan Muslimin Yahya (Sungai Besar).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, tindakan itu menyebabkan kerajaan PH kekurangan empat undi bagi mendapat sokongan majoriti 148 dalam usaha meminda Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan pada Mac lalu agar mewajibkan semua Ahli Parlimen PH untuk menghadiri sesi Parlimen pada Selalu lalu.


“Namun terdapat di dalam kalangan mereka telah memberikan alasan termasuk perlu menghadiri mesyuarat di luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kata Vui Keong lagi, terpulang Ketua Whip parti-parti dalam PH masing-masing untuk mengambil tindakan kepada empat Ahli Parlimen yang gagal hadir.

Ujarnya, terdapat 10 Ahli Parlimen termasuk pembangkang dan bebas tidak menghadiri dalam sesi Parlimen pada hari tersebut.

 Antaranya, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

“Selain itu, terdapat lapan Ahli Parlimen tidak turut serta antaranya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya),” katanya.

Vui Keong berkata, 59 Ahli Parlimen pula tidak mengundi antaranya daripada Barisan Nasional, Pas dan termasuk 19 dari Gabungan Parti Sarawak.

Pada Selalu lalu, usaha Kerajaan PH meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963 gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat.

Ini selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan 2019 itu kekurangan 10 undi untuk memperoleh sokongan majoriti 148 undi daripada 222 anggota Parlimen iaitu dua pertiga persetujuan anggota Dewan Rakyat.

Undi belah bahagi yang dijalankan, mendapati seramai 138 anggota parlimen menyokong pindaan, tiada yang menolak dan 59 pula tidak mengundi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Liew Vui KeongPerlembagaan persekutuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hina Agong Kebiadapan, Provokasi Melampau!

Next Post

“Saya Masih MB Johor” – Osman Sapian

Related Posts

Pelantikan Perdana Menteri Kesembilan Ikut Perlembagaan – Agong

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pemilihan dan pelantikan Perdana Menteri kesembilan dilaksanakan...

Jemaah Menteri Masih Kekal Berfungsi

08/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan. Peguam Negara,...

Next Post

"Saya Masih MB Johor" - Osman Sapian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd