• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Individu Direman 7 Hari Kes Rasuah Lori Kebal

oleh
17/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Seramai 30 individu di reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 April itu dikeluarkan Penolong Kanak Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Nurfadrina Zulkhairi kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Terdahulu, kesemua mereka dibawa dari pusat tahanan berpusat di Bayan Baru di sini kira-kira pukul 8.30 pagi menggunakan bas SPRM.

Bagaimanapun, bas berkenaan mengalami kerosakan di Lebuh Raya Dr. Lim Chong Eu di Jelutong di sini kira-kira pukul 9 pagi menyebabkan kesemua tahanan terpaksa dibawa ke mahkamah menggunakan 10 buah kereta.

Semalam, SPRM menahan seramai 33 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ bersabit kes itu bagaimanapun tiga daripada mereka dilepaskan dengan jaminan semalam.

Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.

Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ negeri berkenaan dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

“Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan,” katanya.

Jelas sumber berkenaan, tangkapan itu merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Katanya, dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.

Dalam pada itu, sumber itu menambah, kumpulan lori-lori yang dilindungi tersebut dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto supaya mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, operasi besar-besaran oleh Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM negeri itu dilakukan hasil risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat daripada orang awam.

“Kita tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kesemua yang ditahan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Tags: JPJrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd