• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Polis Parah, 5 OKT Cedera Kemalangan

oleh
15/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA anggota polis parah manakala lima orang kena tuduh (OKT) cedera apabila trak dan kereta peronda polis (MPV) yang dinaiki terbabit kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2, berhampiran Pejabat Daerah Seremban, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, OKT dibawa dari Mahkamah Seremban ke lokap Balai Polis Sikamat.

Katanya, MPV berkenaan yang berada di hadapan mengiringi trak polis yang membawa 26 OKT.

“Kejadian itu berlaku apabila MPV cuba mengelak sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti menyebabkan ia terbabas.

“MPV itu dirempuh trak polis menyebabkan dua kenderaan terbabit tercampak ke kiri dan kanan jalan,” katanya dihubungi Harian Metro.

Ibrahim berkata, kejadian menyaksikan tiga anggotanya parah manakala lima OKT yang lain cedera.

“Sebuah trak polis yang lain tiba bagi membawa 21 OKT untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

“Tiga anggota polis dan lima OKT dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca sebenar kejadian dan jumlah individu yang tercedera dalam kemalangan itu. – myMetro Online

Tags: anggota poliskemalanganorang kena tuduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd