Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Daftar Pemilih Dengan Berswafoto...

PUTRAJAYA - Urusan pendaftaran pemilih dan permohonan tukar bahagian pilihan raya bagi pemilih...

Anak Kedua Anwar Bertanding...

KUALA LUMPUR - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang untuk menamakan Nurul...

SPRM Cari Abdul Razman,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi...

Pelajar Tingkatan Dua MRSM...

GERIK - Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu...

20,793 Pemilih DUN Rantau Keluar Mengundi Pagi Ini

SEREMBAN – Pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula sebaik sahaja 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka tepat pada pukul 8 pagi ini.

Proses mengundi yang dijadualkan 9 jam setengah itu membabitkan seramai 20,793 orang daripada keseluruhan 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dengan 11 daripadanya mengundi secara pos, sebelum ia ditutup pada 5.30 petang ini.

Pada 9 April lepas, seramai 110 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera serta pasangan dan polisselesai menjalankan tanggungjawab masing-masing dan ia merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 96%.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempatkan seramai 515 petugas di semua pusat pengundian dan menjangkakan 70% pengundi di kawasan DUN itu akan keluar mengundi.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi dan ribut petir di 1-2 tempat pada sebelah petang di Seremban.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan 4 penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S Streram; calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan; dan 2 calon Bebas iaitu suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.


Dr. Streram dijangka mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau, Mohamad yang juga timbalan presiden UMNO dan Malarvizhi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua, manakala Mohd Nor tidak mengundi memandangkan beliau pengundi kawasan DUN Gemencheh, Tampin.

Pusat penjumlahan undi diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan.

Daripada jumlah tersebut 20,804 pengundi, 55.51% atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46% atau 3,863), India (26% atau 5,441) dan lain-lain (0.03% atau 7 orang).

Kategori