• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

oleh
01/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang awam perlu mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik, krim Bao Fu Ling Snow Lotus dan Bao Fu Ling Skincare yang dikesan mengandungi racun berjadual jenis diphenhydramine.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, penggunaan diphenhydramine tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabkan kesan alahan teruk.

“Kedua-dua produk kosmetik itu mengandungi diphenhydramine dan merupakan produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, serta hanya digunakan untuk kelegaan sementara bagi kegatalan dan kesakitan akibat gigitan serangga, selaran matahari yang ringan dan kerengsaan kulit,” katanya.

Beliau berkata, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat juga telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, yang mana penjual dan pengedar produk-produk kosmetik itu diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

“Individu didapati melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

“Sementara syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” kata kenyataan itu.

Pengguna dan orang ramai yang ingin bertanya berkaitan produk kosmetik boleh menghantar email di kosmetik@npra.gov.my serta mereka juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA di http://www.npra.gov.my.

Tags: produk beracunProduk Kosmetik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Peruntukan Masjid RM1.6 Juta Dah Lulus Sejak Zaman BN”

Next Post

Belalai Air Tanjung Tokong Rosakkan 50 Kediaman

Related Posts

Produk Tradisional, Kosmetik Bernilai RM10.1 Juta Dirampas

Produk Tradisional, Kosmetik Bernilai RM10.1 Juta Dirampas

15/11/2024
0

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan...

KKM Batal Notifikasi Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

KKM Batal Notifikasi Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

21/08/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk kosmetik BL Ledehh Day Cream 2, BL Ledehh Night Cream dan For...

Next Post

Belalai Air Tanjung Tokong Rosakkan 50 Kediaman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd