• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Individu Hilang, Bot Karam Di Pekan

oleh
02/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua individu hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Awang Mandur Pekan, di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira kira jam 4.45 petang sebelum menggerakkan jentera bersama 18 anggota.

“Dimaklumkan seorang lelaki Indonesia bersama empat lelaki Cina menaiki bot fiber berenjin dari tebing sungai Pahang Pulau Jawa dan membuat rondaan sekeliling Pulau Awang Mandur Sungai Pahang.

“Semasa bot sedang bergerak penumpang di dalam bot berada di kedudukan yang tidak seimbang mengakibatkan bot terbalik.

“Tiga penumpang bersama tekong bot (lelaki Indonesia) berjaya diselamatkan orang kampung yang kebetulan sedang memancing di tebing sungai. Bagaimanapun, dua lagi penumpang bot hilang.

“Turut terlibat dalam operasi menyelamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan penyelam PPDA Pekan, penduduk kampung serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Nor Hisham berkata, dua buah bot digunakan untuk buat ‘surface searching’ namun selaman tidak dapat dilakukan kerana arus deras.

Menurutnya, bot yang karam dijumpai jam 7 malam tadi dan ditarik dari dasar menggunakan peralatan ‘grapling iron’.

“Operasi mencari dihentikan sekitar jam 7.30 malam kerana cuaca buruk dan disambung jam 8 pagi ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, mangsa yang hilang dikenalpasti sebagai Chan Hoke Kee, 49, memakai baju biru dan seorang lagi dikenali sebagai Ah Poi, ketika kejadian berbaju kuning.

“Mangsa yang selamat Suprianto, 24, seorang buruh yang bertindak sebagai tekong bot, Fan Kek Heung, 41 dari Kepong dan Sow Ke Cheong, 44, dari Batu Caves Selangor.

“Bantuan unit Skuba Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia juga dipohon,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bot karamkes hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

13/03/2023
0

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim. Ikuti Mynewshub: Telegram Pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd