• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zinedine Zidane Kembali Ke Real Madrid

oleh
12/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Zinedine Zidane berkata tidak dia berdepan sebarang keraguan ketika membuat keputusan untuk kembali bersama Real Madrid menggantikan Santiago Solari yang dipecat daripada mengemudi skuad Los Blancos berkuatkuasa semalam.

“Apabila presiden menghubungi saya, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah terima tawaran itu. Saya tidak boleh menolak tawaran itu, saya tidak pernah berasa ragu-ragu untuk kembali.”

Zidane menandatangani kontrak hingga Jun 2022, sembilan bulan selepas dia meletakkan jawatannya pada musim lalu, menyaksikan dia membantu Madrid mengekalkan kejuaraan Liga

Juara-Juara tiga tahun berturut-turut.

Pemecatan Solari sudah dijangka selepas Madrid tewas tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri iaitu ketika bertemu Barcelona dua kali dan Ajax.

Bagaimanapun, kembalinya Zidane dengan La Liga masih berbaki 11 perlawanan tiada sebarang sasaran diletakkan berbanding ketika kelab itu di bawah bimbingannya yang penuh dengan deretan piala dalam koleksi mereka.

“Saya berundur kerana kelab memerlukan perubahan pada hujung musim, ia juga baik untuk semua pihak, terutama selepas menang begitu banyak gelaran.

“Saya kembali semula kerana presiden sendiri menghubungi saya. Saya sukakan dia dan saya juga sayangkan kelab ini, maka sebab itulah saya ada di sini semula,” katanya lagi.

Zidane berdepan cabaran untuk menukar barisan pemain dengan membawa masuk lebih ramai pemain muda untuk digantikan dengan pemain yang sudah tua di kelab tersebut.

“Saya tidak mahu melupakan apa yang telah kami menangi namun saya juga tidak boleh mengabaikan kesilapan yang kita lakukan pada tahun lalu.

“Kita kalah dalam La Liga dan piala lain namun kami memenangi Liga Juara-Juara, bagaimanapun saya tahu kedudukan sebenar saya. Kami akan mengubah beberapa perkara namun bukan buat masa sekarang. Kita akan ada masa berbincang dengan presiden dan dengan kelab mengenai apa yang boleh kita lakukan,” kata bekas pemain Perancis itu lagi. – Agensi

Tags: Real MadridZinedine Zidane
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd