• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warganet Boleh Naik Kereta Buluh, Kata Menteri

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warganet atau mana-mana pihak yang mengecam reka bentuk model skala kecil kereta terbang yang dipamerkan di Langkawi, Kedah semalam boleh memilih untuk selesa berada di belakang dan menaiki kereta buluh.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, kecaman warganet terhadap model yang dikenali sebagai Vector itu hanyalah perkara biasa kerana fokus utama kerajaan adalah pembangunan modal insan.

“Mereka boleh pilih sama ada nak terus di belakang menafikan perkara itu. Mereka boleh naik kereta buat daripada buluh.

“Itu biasa. Itu sebab kita kena lebih fokus kepada pembangunan modal insan dan lebih memberikan pembelajaran ilmu kepada isu ini, kita tidak mahu masyarakat tertinggal ke belakang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, model skala kecil kereta terbang, Vector yang dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd. menjadi tumpuan pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Walau bagaimanapun, reka bentuk Vector itu mendapat kecaman pelbagai pihak di laman sosial termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. – UTUSAN ONLINE

Tags: kereta buluhkereta terbangvector
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banyak Perkara Dalam Wawasan 2020 Dicapai – Mahathir

06/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya apa yang...

Ambil Anak Di Taska Naik Kereta Terbang

03/01/2020
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan dia mengambil anak di taska menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd