• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Pemantau Jakim Kesan Individu Hina Islam, Nabi

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan satu unit pemantau susulan berlakunya kes penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad kebelakangan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata unit di bawah seliaan Jakim itu akan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad dan agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

“Saya juga meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM,” katanya menerusi kiriman Facebook.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, menghubungi unit tersebut di talian hotline 010-300 52 60 atau emelkan kepada [email protected].

Sebelum ini, 4 individu ditahan polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk menghina Nabi Muhammad dan isterinya, Aisyah.

Empat suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah dan Alvin Chow Mun Fai.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata sehingga kini polis menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes ini dan membuka sebanyak 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam. – FMT

Tags: agama islamHina Nabi MuhammadJakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd