• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, MCA, MIC Mula Mesyuarat Bincang Nasib BN

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi membincangkan nasib bekas gabungan pemerintah itu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Pengerusinya, Mohamad Hasan dan turut dihadiri pemimpin tertinggi UMNO, MCA dan MIC.

Mereka adalah Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid serta Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad; Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Timbalannya, Dr. Mah Hang Soon; Setiausaha Agungnya, Chew Mei Fun; Presiden MIC, SA Vigneswaran serta Timbalannya, M Saravanan.

Mereka semua kelihatan senyum ketika memasuki bilik mesyuarat di ibu pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, pagi ini.

Isnin lalu, MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama, menggesa mesyuarat peringkat tertinggi diadakan bagi menentukan masa depan BN kerana mereka tidak lagi yakin gabungan itu komited kepada konsep pelbagai kaum.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung BN, Nazri Aziz yang berbaur “perkauman”.

Nazri dilapor mempersoalkan pelantikan orang bukan Islam ke jawatan penting seperti peguam negara dan ketua hakim negara.

Nazri tidak menghadiri mesyuarat hari ini seperti dinyatakannya Rabu lalu untuk memberi peluang MCA dan MIC membangkitkan isu pelantikannya.

“Mesyuarat mungkin tidak dapat dijalankan kerana kenyataan MCA dan MIC yang mengatakan kalau saya datang, mereka tidak datang. Jadi, saya tidak datang supaya mesyuarat boleh berjalan,” katanya kelmarin.

Selasa lalu, UMNO mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya, selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti serta senario politik tempatan.

Rabu lalu, Vigneswaran dilaporkan berkata, MIC akan kekal dalam BN, jika ia mendapat manfaat daripada gabungan UMNO-PAS.

Pada 2 Disember lalu, MCA melalui perhimpunan agung tahunannya meluluskan resolusi membubarkan BN dan membentuk gabungan baru yang lebih berkesan. – FMT

Tags: Barisan NasionalMCAMICUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd