• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Taktik Melengah-lengahkan Kes Najib

oleh
21/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan berpendapat pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan kesnya tidak menggunakan taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah menyatakan demikian selepas membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan sehingga tiga rayuan interlokutori (permohonan sebelum perbicaraan) didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Tiada taktik melengah-lengahkan kes oleh perayu,” kata Datuk Zabariah Mohd. Yusof yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan penangguhan itu hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu mahkamah, pihaknya akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mahkamah Rayuan sebelum itu memutuskan menolak tiga rayuan interlokutori bekas Perdana Menteri itu dalam kes pecah amanah dan salah guna kedudukan membabitkan syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Tiga rayuan interlokutori itu membabitkan permohonan Najib untuk mendapatkan perintah bagi melarang media dan orang ramai daripada membincang dan menerbitkan kenyataan mengenai merit kes dihadapinya.

Rayuan itu juga berhubung permohonan Najib untuk mendapatkan dokumen siasatan termasuk pernyataan saksi sebelum perbicaraan kes SRC International bermula dan rayuan mengenai tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu bagaimanapun membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan surat pelantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes berkenaan.

Mahkamah dengan itu mengarahkan pendakwaan mengemukakan surat pelantikan Sulaiman dalam masa tiga hari.

Bagi tiga rayuan yang ditolak itu, panel membuat keputusan sebulat suara selepas mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat kesilapan apabila menolak permohonan Najib.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa tiada keperluan untuk mahkamah masuk campur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan petang ini berhubung keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

“Mahkamah berpendapat, dari segi fiat (surat pelantikan) dia (pihak pendakwa) kena bagi kita.

“Yang tiga lagi itu, mahkamah tidak bersetuju dengan kita, tapi mahkamah bersetuju sebab perkara ini dia kata ada isu yang amat ketara. Jadi kita akan buat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan kes tidak akan berjalan sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Tapi mahkamah kata penangguhan ini bukan ‘delay tactic’ (taktik melengah-lengahkan) sebab ada isu yang ketara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram memberitahu, pihaknya akan turut membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

“Kita akan membuat rayuan secepat mungkin kerana kita meminta supaya kes tidak ditangguhkan,” katanya.

Beliau berkata, pihak pendakwaan juga akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pelantikan Sulaiman.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC.

Beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana sama. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mahkamah RayuanNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd