• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tiada Tajuk’ Judul Filem Pertama Mawi

oleh
01/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan pelakon Mawi mengumumkan Tiada Tajuk sebagai judul filem pertamanya yang bakal ditayangkan pada 4 April depan.

Pengumuman tersebut dibuat Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, pada majlis pelancaran filem berkenaan yang diadakan di pekarangan pusat beli-belah Sogo di sini.

“Sejak merancang untuk menerbitkan filem dua tahun lalu, saya dan isteri, Ekin memang merancang untuk membuat kelainan.

“Kami memang memilih untuk meletakkan Tiada Tajuk sebagai judul filem. Hal ini kerana, selain unik dan membantu daripada segi pemasaran, saya juga mahu memberi penghargaan kepada peminat untuk menyumbangkan idea judul filem menerusi peraduan yang dianjurkan,” kata Mawi.

Dalam pada itu, penonton filem berkenaan berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan bernilai RM100,000 menerusi peraduan yang berlangsung sepanjang filem Tiada Tajuk ditayangkan di pawagam.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah sebuah kereta Perodua Bezza, motosikal Yamaha Y15, pakej umrah dan percutian ke Australia.

Penonton boleh memenangi hadiah berkenaan dengan memuat turun aplikasi Mawi World dan menyertai peraduan memberi judul filem dan satu tagline.

Filem Tiada Tajuk yang diterbitkan oleh Mawi World Entertainment itu bintangi oleh Mawi, Hazama, Along Cham, Joey Daud dan Amira Othman. – K! ONLINE

Tags: FILEMMawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Lancar Sistem Pengecaman Wajah

Next Post

Siasatan Terowong P.Pinang: RPK Berbohong Kata Mahathir

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

Next Post

Siasatan Terowong P.Pinang: RPK Berbohong Kata Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd