• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Garis Panduan Jelas Lesen PSV Untuk E-hailing

oleh
27/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemandu e-hailing mendakwa mereka masih keliru bagaimana memohon lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang akan dikuatkuasakan terhadap mereka mulai 12 Julai ini.

Persatuan Pemandu Perkhidmatan e-Hailing Malaysia (Mehda) memberitahu FMT, tidak ada garis panduan yang jelas tentang bagaimana cara memohon lesen tersebut.

Presiden Mehda, Daryl Chong berkata ramai pemandu bimbang kerana mereka tidak pasti apa yang akan dilakukan seterusnya.

“Dari hari ia diumumkan bahawa lesen itu akan dikuatkuasakan tahun ini terhadap pemandu e-hailing sehingga hari ini, tidak ada butiran mengenai prosedur ini.

“Kami hanya mengetahui mengenai kos, iaitu kira-kira RM200 seorang,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook sebelum ini berkata tindakan termasuk amaran akan dikenakan terhadap pemandu e-hailing yang beroperasi tanpa lesen PSV selepas 12 Julai. Permohonan lesen bermula pada 1 Januari.

Di bawah peraturan baru, Loke berkata pemandu e-hailing mesti ada pendaftaran dan lesen PSV, perlu ada insurans untuk kereta dan kenderaan melebihi 3 tahun perlu buat pemeriksaan.

Chong berkata kerajaan memberikan maklumat ini kepada syarikat e-hailing tetapi tidak memberikan kenyataan rasmi mengenai keperluan itu.

“Tidak ada maklumat jelas, yang mungkin memberi ruang kepada sekolah atau institusi memandu untuk mengambil kesempatan.

“Kebimbangan kami adalah lesen itu mungkin tidak sah jika tidak terdapat garis panduan yang sesuai untuk diikuti. Kita perlu tahu mengenai prosedur: berapa jam yang diperlukan untuk kami belajar untuk mendapatkan lesen dan teori apa yang diperlukan untuk kami lulus peperiksaan, jika ada apa-apa.”

Beliau menggesa kerajaan menyediakan garis panduan yang jelas secepat mungkin untuk membolehkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV.

Beliau juga mempersoalkan tempoh yang tersisa sebelum tarikh akhir 12 Julai, mengatakan tidak semua pemandu e-hailing dapat mendaftar dalam tempoh 3 setengah bulan.

“Kami mempunyai kira-kira 50,000 pemandu e-hailing di Malaysia dan hanya 200 sekolah memandu. Tidak akan cukup masa.”

Beliau menganggarkan kurang 10% pemandu mendaftar setakat melalui institusi pemanduan masing-masing.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai kos mendapatkan lesen serta yuran untuk insurans – tambahan 20% daripada premium asas. – FMT

Tags: e-hailinglesen psv
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukti Kereta Terbang Mampu Direalisasikan

Next Post

Teman Lelaki Direman Kes Penemuan Mayat Remaja

Related Posts

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

04/11/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka...

300,000 Pelajar Lepasan SPM Pilih Kerja Kilang, E-hailing

300,000 Pelajar Lepasan SPM Pilih Kerja Kilang, E-hailing

29/05/2023
0

KUALA LANGAT: Hanya sekitar 40 pe ratus daripada purata 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direkod melanjutkan pengajian ke peringkat...

Next Post

Teman Lelaki Direman Kes Penemuan Mayat Remaja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd