• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teresa Kok Berang Isu Harga Sawit

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pagi ini kecoh apabila pembangkang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengenai paras harga sawit.

Ketika menjawab soalan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), Teresa memberitahu program Biodiesel B10 iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan harga purata sawit pada harga RM2,037 per tan bulan Januari dan RM2,122.65 per tan pada bulan Februari.

Namun begitu, jawapan yang diberikan itu menerima kritikan Mohd. Shahar yang mempersoalkan mengapa Teresa tidak mengumumkan harga pada bulan Mac yang telah menurun.

“Saya fikir ini mengenai kepentingan rakyat. Menteri sebut harga pada Januari dan Februari. Mengapa tidak sebut Mac kerana semalam harga sawit adalah RM1,862.50.

“Semasa Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) masih Perdana Menteri, harga minyak sawit pada April 2018 ialah RM2,269 dan harga pada 8 Mei 2018 pula ialah RM2,377 tetapi apa yang berlaku semalam harga telah turun. Berterus-teranglah,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri semasa sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan Mohd. Shahar itu kemudiannya membuatkan Teresa sedikit berang dan membalas dengan mengatakan harga sawit yang diumumkan hanyalah harga purata pada Januari dan Februari, bukannya harga terkini setiap hari.

“Saya hairan dengan standard soalan macam ini. Harga minyak sawit dipengaruhi harga komoditi antarabangsa. Ada turun naik. Saya sebut harga purata untuk bulan Januari dan Februari. Sekarang Mac belum sampai akhir bulan jadi kita tak dapat harga purata.

“Siapa jadi Perdana Menteri pun harga sawit akan turun naik. Ini tiada kena mengena dengan siapa jadi Perdana Menteri atau kerajaan. Ini pengetahuan asas. Sebagai ahli Parlimen, Mohd. Shahar mesti tahu,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: harga sawitminyak sawitTeresa Kok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: DBKL Umum Pasang CCTV Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: DBKL Umum Pasang CCTV Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

27/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di...

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: Wang Tunai RM2,000 Lesap 

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: Wang Tunai RM2,000 Lesap 

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP kerugian RM2,000 tunai termasuk wang angpau selepas keretanya dipecah penjenayah dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd