• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telefon Bimbit Dikisar Untuk Ketahui Kandungan Logam

oleh
23/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sekumpulan saintis Universiti Plymouth dekat sini menggunakan mesin pengisar bagi menghancurkan sebuah telefon bimbit dan melakukan analisis kimia untuk mengetahui bahan yang terkandung di dalamnya.

Selepas telefon bimbit itu dikisar, saintis-saintis itu mencampurkan alat komunikasi itu dengan natrium peroksida.

Keputusan analisis itu menunjukkan peranti tersebut mengandungi 33 gram (g) besi, 13g silikon, 7g kromium selain turut mengandungi elemen kritikal termasuk 900 miligram (mg) tungsten, 70mg kobalt dan molibdenum, 160mg neodimium serta 30mg praseodimium. Mereka turut menemui 90mg perak dan 36mg emas.

Menurut kumpulan penyelidik itu, hasil kajian tersebut menunjukkan setiap telefon bimbit yang dikeluarkan akan memerlukan antara 10 kilogram (kg) hingga 15kg bahan galian kasar termasuk 7kg bijih emas gred tinggi, 1kg bijih tembaga biasa, 750g bijih tungsten dan 200g bijih nikel.

Setiap tahun, sebanyak 1.4 bilion telefon bimbit dikeluarkan di seluruh dunia. Kajian itu dijalankan bagi membuktikan kandungan bahan yang boleh dikitar semula untuk mengurangkan pencemaran dan beban menggali bijih logam dari kerak bumi selain asal usul sumber bahan di dalam telefon bimbit itu.

“Apabila melihat apa yang ada di dalam telefon bimbit, jawapan biasanya ialah tungsten dan kobalt dari zon konflik di Afrika. Semua ini perlu dilombong untuk mendapatkan bijih bernilai tinggi yang memberi beban besar kepada planet ini,” kata pensyarah kajian batu igneus di Universiti Plymouth, Dr. Arjan Dijkstra. – Agensi

Tags: Saintistelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hijab Pegawai Polis NZ Tarik Perhatian

Next Post

Monyet Berbadan Sasa Kelihatan Bengis

Related Posts

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

Pesara Saintis Dakwa Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370

20/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pesara saintis penyelidikan mendakwa sudah menemui lokasi bangkai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang ketika dalam...

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Next Post

Monyet Berbadan Sasa Kelihatan Bengis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd