• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taiping Ketiga Paling Lestari Di Dunia

oleh
07/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR Taiping, Perak telah diiktiraf sebagai bandar ketiga paling lestari di dunia dalam Anugerah 100 Destinasi Paling Lestari 2019 sempena International Toursismus-Borse (ITB) iaitu pameran perdagangan pengembaraan di Berlin, Jerman, semalam.

Taiping yang juga dikenali sebagai bandar paling lembap di Malaysia disebabkan menerima taburan hujan tinggi sepanjang tahun berada di belakang ibu negara Slovenia, Ljubljana dan Vancouver, Kanada.

Bandar warisan itu dinobatkan sebagai ketiga terbaik dalam kategori Bandar Terbaik mengiktiraf bandar raya yang menerajui kelestarian bandar dan mengelakkan gangguan berlebihan dalam sektor pelancongan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd. Rahim Md. Ariff berkata, anugerah yang diterima itu merupakan kejayaan bersama seluruh komuniti termasuk agensi terbabit dalam usaha memastikan kelestarian bandar tersebut.

Katanya, walaupun pernah menerima beberapa anugerah lain pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, namun anugerah yang julung kali diterima semalam dianggap paling berprestij dan bertaraf dunia.

“Harapan saya supaya semua agensi berkaitan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mapan terus komited menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya bandar ini berterusan dilestarikan.

“Seluruh penduduk dan komuniti Taiping juga perlu terus berusaha memastikan kawasan bandar ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar daripada kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anugerah tersebut diterima sendiri Abd. Rahim di Berlin, semalam dan majlis berkenaan turut menyaksikan kehadiran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing. – UTUSAN ONLINE

Tags: PerakTaiping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd