• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Haji Akan Dikurangkan, Kata Mujahid

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Beliau berkata, konsep berkenaan akan diperkenalkan pada masa depan bagi mengurangkan bantuan daripada TH.

“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.

“TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripada sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu tindakan sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji.

Mujahid berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

“Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920, maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja.

“Tidak naik, tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang ingin tahu berkaitan kuota haji yang diterima iaitu pakej muassasah kurang menyebabkan penggiliran lebih lama, Mujahid berkata, kuota Malaysia ialah 30,200 orang

“Dalam pembahagian, kita akan tumpukan lebih kepada pakej muassasah kerana layak mendapat bantuan subsidi daripada TH manakala pakej swasta, bayaran lebih tinggi,” katanya. – myMetro Online

Tags: Mujahid Yusof Rawasubsidi hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

46 Lokasi Baharu Berpotensi Jadi Sumber Pencemaran

Next Post

SPR Kaji Parlimen Batalkan Persempadanan Semula

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

SPR Kaji Parlimen Batalkan Persempadanan Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd