• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIGC Tarik Balik Larangan Jual Minuman Keras

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) membuat keputusan menarik balik larangan penjualan minuman keras yang sebelum ini dilaksanakan berikutan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mesyuarat yang dihadiri seramai 135 ahli berbayar kelab golf itu menolak keputusan jawatankuasa pengurusan tidak menjual minum berkenaan yang dibuat dalam mesyuarat pada 20 Ogos tahun lalu.

Mesyuarat malam tadi dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Razali Ab. Malik yang juga Naib Presiden kelab golf milik kerajaan negeri itu.

Aminuddin yang merupakan Presiden bagaimanapun tidak menghadiri EGM itu.

Memetik laporan Utusan Online, seorang ahli kelab, V. Manimaran memberitahu mesyuarat berlangsung kira-kira 30 minit dan sebahagian besar ahli membuat keputusan supaya minuman keras dijual.

“Wakil ahli telah memaklumkan keputusan itu kepada Naib Presiden dan menjelaskan larangan itu bertentangan dengan perlembagaan kelab yang mempunyai 1,500 ahli,” katanya.

Aminuddin pada 21 Mac lalu menegaskan beliau akan melepaskan jawatan Presiden SIGC sekiranya EGM memutuskan untuk menjual arak di kelab tersebut.

Beliau sebelum ini mencadangkan larangan penjualan minuman berkenaan dan ia telah dipersetujui jawatankuasa pengurusan kelab itu.

Aminuddin berkata, larangan itu bagi menjaga sensitiviti penduduk beragama Islam kerana kelab itu terletak berhampiran masjid dan perumahan yang didiami sebahagian besarnya orang Melayu.

Selain itu, jelasnya, ia tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Exco agama negeri.

Tags: Aminuddin Harunminuman kerasSIGC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Papan Tugu ‘Wira’ Jepun Diturunkan Selepas Dikecam

Next Post

Orang Kenamaan Jadi Dalang Premis Rumah Urut

Related Posts

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

25/11/2024
0

Iskandar Puteri : Kerajaan negeri disaran membuat beberapa penambahbaikan bagi mengurangkan kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, termasuk...

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

24/05/2024
0

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung...

Next Post

Orang Kenamaan Jadi Dalang Premis Rumah Urut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd