• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setem Edisi Ke-4 ‘Destinasi Pelancongan’ Melaka, Sarawak

oleh
14/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan edisi keempat setem ‘Destinasi Pelancongan’ yang menampilkan khazanah serta destinasi pelancongan popular di Melaka dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, dua setem dengan nilai 60 sen setiap satu dihasilkan bagi kedua-dua negeri tersebut.

Siri setem ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pos Malaysia untuk memperkenalkan kebudayaan serta warisan yang sinonim dengan negeri Melaka dan Sarawak.

Antara lokasi yang dipaparkan pada setem negeri Melaka adalah Rumah Melaka dan Galeri Demang Abdul Ghani serta Rumah Ibu, Tiang Seri dan Tembikar Seramik.

Sementara itu, Rumah Melanau, Tarian Alu-Alu serta Kampung Budaya Sarawak dan Kain Pua Kumbu, kain tradisi tenunan kaum Iban serta Tajau atau pasu dicetak pada setem negeri Sarawak.

Bagi siri ini, hanya 800,000 keping (400,000 keping bagi setiap negeri) setem sepasang dihasilkan.

Untuk melengkapkan siri ini, Pos Malaysia turut menghasilkan 25,000 keping Lembaran Mini (MS), yang mengandungi dua keping setem, dengan nilai muka RM2.00 setiap satu.

Ia menampilkan imej Muzium Maritim Melaka dan Pelayaran Sungai Melaka dan Astana Sarawak serta Pelayaran Sungai Sarawak.

Ia dijual pada harga RM4.00 setiap satu.

Cap tarikh khas bagi siri ini menampilkan Tangga Melaka dan Burung Enggang.

Produk filateli lain yang turut dijual adalah 30,000 keping Sampul Hari Pertama (FDC) dengan risalah percuma dijual pada harga 50sen setiap satu, manakala 1,800 keping folder boleh didapati pada harga RM6.00 setiap satu.

Set lengkap siri setem ini dijual pada harga RM41.40 setiap satu.

Kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, setem ini boleh didapati pada hari Ahad ini dan negeri-negeri lain pada hari Jumaat ini. – FMT

Tags: MelakaPelancongansarawaksetem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd