• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sepatutnya Sejak Hari Pertama Isytihar Darurat” – TMJ

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di kawasan Pasir Gudang mengejutkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat, darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama lagi.

“Dua ribu orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat. Wow… menakjubkan.

“Sepatutnya sejak hari pertama dah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,” kata baginda melalui siri ciapan dalam Twitter baginda semalam.

Namun, menurut baginda, tidak mengapa sekiranya kerajaan masih tidak mahu mengisytiharkan darurat bencana tetapi kawasan tersebut mestilah dikosongkan segera.

“Tak isytihar tak apa. Tapi sekurang-kurangnya kosongkan kawasan sehingga semuanya stabil dan selamat,” katanya.

Tunku Ismail turut meluangkan masa kira-kira setengah jam malam tadi membuat lawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG) untuk meninjau pesakit terlibat dan kelancaran operasi di stadium yang dijadikan tempat rawatan awal itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga turun padang melawat sendiri kawasan yang terjejas di Pasir Gudang semalam menyatakan kejadian tersebut belum sampai pada tahap yang memerlukan pengisytiharan darurat.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad semalam, perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: pencemaran toksikTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd