• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebilangan Penduduk Tinggalkan Pasir Gudang

oleh
14/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Khuartir dengan keadaan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang sehingga kini menyebabkan lebih 900 orang dirawat, sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif meninggalkan kediaman mereka buat sementara.

Mereka mengambil keputusan keluar dari kawasan itu demi memastikan keselamatan diri dan keluarga mereka.

Seorang daripada mereka, Mahirah Ahmad Helmi, 32, berkata beliau hari ini membawa dua anaknya – berusia tiga tahun dan lima bulan ke Kempas, di sini untuk tinggal di rumah bapa mertuanya.

“Sejak beberapa hari lalu, anak pertama saya batuk-batuk, anak kedua pula mengalami mata merah. Saya telah bawa mereka ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk membuat pemeriksaan.

“Mulai hari ini, saya akan tinggal sementara di rumah bapa mertua malah sejak semalam, semua jiran saya sudah mula meninggalkan rumah masing-masing kerana merasakan kehidupan kami di situ (Pasir Gudang) terancam,” katanya yang tinggal di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Mahirah yang merupakan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 turut berharap proses pembersihan sungai dapat dijalankan dengan segera, bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Seorang lagi penduduk, Abdul Rahim Abdul Rahman, 47, berkata beliau telah membawa tiga anaknya menginap di sebuah hotel di pusat bandar sejak malam tadi.

Ini kerana beliau enggan mengambil risiko terhadap keselamatan anak-anaknya tambahan pula sekolah mereka telah diarap tutup semalam.

“Kami tinggal di hotel kerana merasakan tidak perlu untuk terus berada di rumah kami di Taman Bukit Dahlia…ada banyak sangat maklumat mengelirukan tentang insiden ini,” katanya.

Kejadian pencemaran bahan kimia sejak 7 Mac itu sehingga kini menyebabkan 947 orang awam terpaksa mendapatkan rawatan dengan sembilan daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi dan semua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup serta merta.

Tags: pasir gudangpencemaran toksik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masjid Mercu Tanda Lapangan Terbang MAHB Di Turki

Next Post

Wanita Berpakaian Tak Senonoh Dihalau Keluar Pesawat

Related Posts

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

19/11/2022
0

JOHOR BAHRU : Calon Barisan Nasional (BN), Noor Azleen Ambros mendahului kiraan undi di Parlimen Pasir Gudang sehingga pukul 8.10...

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

31/10/2022
0

Masalah bekalan air yang berlanjutan selama empat hari di kawasan Pasir Gudang, Johor, bertukar menjadi isu politik apabila BN menggunakannya...

Next Post

Wanita Berpakaian Tak Senonoh Dihalau Keluar Pesawat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd