• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sawit Ke Buluh: Menteri Makin Terdesak”

oleh
05/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sangat prihatin dengan keadaan harga minyak sawit yang semakin merundum setiap bulan. Berdasarkan fakta semasa, harga minyak kelapa sawit pada hari ini, Mac 2019 adalah RM2,149/tan metrik. Jika dibandingkan setahun yang lepas, pada minggu pertama bulan Mac 2018, harga minyak sawit adalah RM2,463/tan metrik. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 15% harga minyak sawit secara keseluruhan berbanding setahun yang lalu.

2. Golongan paling terkesan disebabkan kejatuhan teruk harga sawit ini adalah golongan petani. Sehingga ke hari ini, masih tiada pelan yang jelas dikongsikan oleh pihak YB Menteri Industri Utama, Teresa Kok untuk memulihkan keadaan harga sawit yang jatuh merundum. Terbaru, YB Menteri mencadangkan petani sawit untuk menukar tanaman sawit yang diusahakan kepada tanaman lain seperti buluh. Seharusnya Menteri memberikan pelan jelas yang realistik agar tindakan yang berkesan dapat diambil untuk menaikkan harga sawit.

3. Menukar tanaman bukan satu pelan tindakan yang baik untuk petani. Adakah pihak kementerian sudah melakukan kajian terperinci mengenai kesesuaian tanah sawit kepada tanah untuk menanam buluh. Adakah pihak kementerian sudah mendapatkan pendapat pakar-pakar sawit dan petani yang sebenarnya dekat dengan perusahaan sawit itu sendiri. Nama Malaysia selaku pengusaha sawit utama dunia akan lebur begitu sahaja, dek dasar Menteri yang ampuh. Bagaimanakah pengeluar sawit di rantau ini boleh bertahan dan mampu menaikkan export sawit ke luar negara? Menteri seharusnya peka dengan keadaan sekeliling kita.

4. Pada masa yang sama, Belanjawan 2019 menyaksikan banyak subsidi kepada petani telah dipotong sehingga 50%, malah ada subsidi yang dihapuskan. Keadaan petani kita sekarang ibarat jatuh ditimpa tangga. Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melalui YB Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tiada perancangan untuk menurunkan harga minyak masak. Untuk makluman seluruh rakyat Malaysia, kerajaan memberikan subsidi RM0.60 bagi membolehkan harga minyak masak paket 1kg dijual dengan harga RM2.50, sejak pentadbiran Barisan Nasional setahun yang lepas.

5. Menggunakan perkiraan mudah, harga minyak masak sawit sekurang-kurangnya turun 15% berdasarkan harga sawit mentah mentah dunia. Harga minyak masak bersubsidi adalah RM2.50/1kg ketika harganya RM3.30/1kg. Subsidi kerajaan sebanyak 80 sen. Sekiranya perkiraan subsidi sama digunapakai berdasarkan kenyataan YB Menteri, ini bermakna harga minyak masak hari ini sepatutnya turun kepada RM2.80/1kg. Bermakna, subsidi kerajaan juga sebenarnya berkurang kepada hanya 30 sen. Kemanakah penjimatan 50 sen itu disalurkan?

6. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kedua-dua kementerian dan Menteri bertanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan yang kami suarakan mewakili rakyat marhaen yang makin dihimpit kemerosotan ekonomi.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia,
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: buluhkelapa sawitShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

31/01/2024
0

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan...

Gaduh Pasal Lemang Tidak Masak, Peniaga Ditahan

Gaduh Pasal Lemang Tidak Masak, Peniaga Ditahan

23/04/2023
0

MELAKA: Polis menahan peniaga lemang yang klip videonya tular memukul pelanggan menggunakan buluh kerana marah selepas dituduh menjual juadah tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd