• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robot Guru Tadika Pertama

oleh
02/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Masalah kekurangan guru tadika yang semakin meruncing di China menyebabkan negara itu beralih kepada robot untuk mengambil alih tugas mengajar.

Robot guru tadika pertama dikenali sebagai Bingo itu direka khas untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Sains, Bahasa Inggeris serta mengajar bermain golf, lapor Daily Mail.

Ia direka oleh bapa dua anak berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer dari Universiti Tsinghua Beijing, Ming Haibo yang menceburi bidang perniagaan dengan mencipta robot untuk mengajar kanak-kanak di rumah menerusi syarikatnya, Ai Bingo

Ming berkata, dia percaya robot mempunyai banyak kelebihan dalam membantu kanak-kanak mengulangkaji pelajaran dan menyemak kerja sekolah mereka.

Sehingga kini, robot Bingo sudah dibeli oleh kira-kira 1,500 pra-sekolah di bandar utama seperti Beijing, Tianjin, Zhenzhou dan Wuhan.

Menurut satu laporan China News sebelum ini, seramai 15 juta kanak-kanak dijangka mendaftar untuk kemasukan ke pra-sekolah setiap tahun menjelang 2021, dan ia sukar untuk ditangani oleh sistem pendidikan di sana.

China juga dijangka akan berdepan masalah kekurangan kira-kira tiga juta guru dan 110,000 pra-sekolah untuk tempoh dua tahun. – Agensi

Tags: Chinacikgurobot
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

Next Post

Bayi Pecah Rekod Dunia

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Bayi Pecah Rekod Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd