• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Di Penjara Changi

oleh
22/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Michael anak Garing telah dijalankan di Penjara Changi pagi ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini.

Michael berasal dari Sarawak, disabitkan atas kesalahan membunuh pada 2015 oleh mahkamah tinggi republik ini dan sabitan itu disahkan oleh mahkamah rayuan pada 2017.

“Jenazahnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu esok sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kapit. Kami sedang membantu anggota keluarga Michael yang berada di sini,” kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Adalah difahamkan Michael telah memeluk Islam ketika di penjara dan memilih nama Muhammad Arif Sufi sebagai nama Islamnya.

Pada 20 Mac, ibu bapa Michael, Ensiring anak Garman dan Garing anak Kanyan telah mengemukakan petisyen rayuan kepada Presiden Singapura agar nyawa anak mereka diselamatkan dan hukuman itu digantikan dengan penjara seumur hidup.

“Saya masih tidak mahu percaya walaupun diberitahu hukuman sudah dijalankan,” kata seorang daripada ahli keluarga Michael, ketika dihubungi.

Menurut beliau, ibu bapa Michael terlalu sedih dengan kematian anak mereka.

Michael, yang ketika itu berusia 21 tahun, seorang daripada anggota geng rompakan di Jalan Kallang pada Mei 2010 yang menyebabkan kematian seorang pekerja binaan, Shanmuganathan Dilludurai.

Tiga yang lain cedera parah.

Seorang lagi tertuduh, Tony Imba, dipenjara seumur hidup dan 24 sebatan manakala Hairee Landak, yang dijatuhi hukuman pada 2013, diarah menjalani hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan.

Donny Meluda, yang melarikan diri selama lebih enam tahun, dijatuhi hukuman sama pada 2018.

Tags: Hukuman GantungSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd