• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Bayar RM11.2 Juta Projek 3 Lebuh Raya

oleh
26/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kerajaan negeri telah membuat bayaran RM11.2 juta kepada HSSI Sdn. Bhd. selaku jurutera pemeriksa bebas, bagi projek tiga lebuh raya utama di negeri itu.

Beliau berkata, pembayaran tersebut adalah untuk kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi tiga lebuh raya utama merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.

“Sehingga kini, kerajaan negeri masih belum membuat sebarang pembayaran untuk projek terowong dasar laut,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman fitnah terhadap bekas Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Guan Eng yang juga saksi tunggal plaintif berkata, RM11.2 juta ini kemudiannya akan dituntut semula daripada kontraktor sebagai pembayaran balik.

“Bayaran itu hanya untuk projek tiga lebuhraya utama kerana projek terowong dasar laut tiada keperluan untuk disiapkan dalam masa yang singkat,” katanya yang kini menjadi Menteri Kewangan.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop.

Guan Eng diwakili oleh peguam Simon Murali manakala Chang Yeow diwakili peguam Kek Boon Wei.

Sementara itu, Guan Eng turut menafikan membuat provokasi terhadap Chang Yeow berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya utama.

Boon Wei telah mempersoalkan kenapa Lim ketika itu sebagai Ketua Menteri tidak menjelaskan isu berkenaan sebaliknya mengambil tindakan saman, Lim menjawab beliau memilih untuk kedua-duanya sekali.

Pada 13 Mac 2018, Guan Eng telah mengemukakan saman ke atas Chang Yeow sebagai defendan kes.

Dalam tuntutannya, Guan Eng mendakwa Chang Yeow membenarkan dan atau menyebabkan kenyataan palsu ditulis dan diterbitkan di dua akhbar atau di laman web.

Perbicaraan disambung 6 Mei ini.

Tags: DAP Pulau PinangLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd