• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PH Lebih Bimbang Kos Pembersihan Daripada Nyawa”

oleh
14/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAJIB Razak membidas kerajaan kerana lebih bimbangkan kos pembersihan yang terlalu tinggi daripada nyawa penduduk, sikap yang menyebabkan pencemaran toksik di Pasir Gudang lewat ditangani dan ratusan orang keracunan, katanya.

Memetik kenyataan bomba, Najib berkata pencemaran dan sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim patut dibersihkan dengan segera apabila dikesan minggu lepas, tetapi tidak dilakukan kerana kerajaan negeri memutuskan kos pembersihan terlalu tinggi.

“Oleh kerana keputusan ini, lebih 500 orang menjadi mangsa termasuk murid-murid sekolah. Amat jelas, PH lebih utamakan wang daripada nyawa dan kesihatan,” katanya di Facebook.

Mengatakan kerajaan sudah membuat keputusan yang tidak bijak, Najib tertanya apakah itu pendekatan menangani bencana kerajaan sekarang.

“Siapakah di kerajaan negeri dan pusat yang patut bertanggungjawab ke atas bencana ini?”

Terdahulu, media memetik Ketua Pengarah Bomba, Mohammad Hamdan Wahid sebagai berkata selepas berlaku kejadian pertama, bomba mendapati masih ada pencemaran gas di kawasan berkenaan dan bahan pencemaran juga tidak dibuang, menyebabkan situasi sama berulang.

Hamdan berkata ketika sekolah dibuka semula memang dikenal pasti ada gas dan bahan tidak dibuang kerana percaya tidak ada reaksi terhadap bahan itu.

“Difahamkan untuk membuangkan bahan itu memerlukan kos paling tinggi dan tak berani mengambil tindakan. Jadi, ia dibiarkan begitu sahaja dan bagi saya ia tindakan tak betul,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata pembuangan bahan pencemaran bukan bidang tugas bomba.

“Setelah mengenalpasti jenis bahan kimia yang menyebabkan pencemaran tersebut oleh pasukan Hazmat, pihak bomba menyerahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil tindakan selanjutnya.”

Kes pencemaran toksik di Pasir Gudang masuk hari ke-7 hari ini, menyaksikan jumlah kes keracunan meningkat kepada 506 yang sedang dirawat, dengan 9 daripadanya di unit rawatan rapi.

Terbaru, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua 111 sekolah di Pasir Gudang di tutup sehingga situasi kembali pulih.

Kementerian Kesihatan menggerakkan 6 pasukan klinik kesihatan; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultan Ismail; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit.

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa, keluarga dan kakitangan keselamatan yang terdedah kepada bahaya pencemaran. – FMT

Tags: Najib Tun Razakpakatan harapanpencemaransisa toksik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencemaran: KPM Arah 34 Sekolah Tutup Serta Merta

Next Post

Pencemaran Toksik Sungai Kim Kim Bukan Isu Besar – MB

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

Next Post

Pencemaran Toksik Sungai Kim Kim Bukan Isu Besar - MB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd