• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesalah Cemar Sungai Di Selangor Perlu Hukuman Berat

oleh
18/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri supaya melaksanakan penguatkuasaan lebih serius terhadap mereka yang melepaskan sisa-sisa buangan ke sungai.

Sultan Selangor bertitah, baginda telah dimaklumkan bahawa empat atau lima batang sungai di Selangor telah tercemar dengan bahan-bahan buangan dari sisa pepejal dan sisa toksik.

“Jika perlu, undang-undang hendaklah dibuat untuk mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah-pesalah yang mencemarkan sungai-sungai di Selangor ini.

“Selain itu, pendidikan kepada masyarakat perlu ditambah lagi seperti mengadakan kempen-kempen yang memberi kesedaran agar menjaga kebersihan sungai-sungai yang menjadi salah satu sumber air di Selangor,” titah baginda pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Sultan Sharafuddin seterusnya menitahkan supaya kawasan-kawasan tadahan air dan hutan-hutan simpan di Selangor dikekalkan serta dipelihara dengan baik supaya sumber air di negeri itu mencukupi dan tidak terjejas untuk masa akan datang.

Titah baginda, kerajaan hendaklah memastikan bahawa tiada aktiviti pembalakan berlaku di hutan-hutan simpan dan kawasan tadahan air ini, selain memperluas program penanaman pokok yang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memelihara kehijauan alam sekitar.

Tags: Sultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

Titah Sultan Selangor Bukan Sekadar Mengenai Perpaduan Orang Melayu – Tengku Zafrul

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu difahami dalam kerangka sebenar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd