BANGI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyangkal dakwaan penangguhan kes perbicaraan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kekurangan bukti.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, segala bukti telah dikemukakan oleh pihaknya kepada Peguam Negara dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukan proses seterusnya.
“Tugas SPRM adalah untuk menyiasat dan kita telah kemukakan bukti kepada pihak Peguam Negara.
“Jadi, soal ada bukti atau tidak, biar mahkamah yang tentukan ketika perbicaraan kelak,” katanya dalam sidang akbar selepas hadir pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

