• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Maut, Putus Kaki Nahas 3 Kenderaan

oleh
18/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENUNGGANG motosikal yang juga pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) maut selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 120 Jalan Persekutuan Ipoh – Kuala Lumpur, di Behrang, malam tadi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, R Chandran, 49, yang beralamat di Slim River, dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah termasuk putus kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Mitsubishi Pajero, Perodua Bezza dan motosikal Honda C100.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Pajero dipandu lelaki pesara polis berusia 63 tahun dari arah Behrang ke Tanjung Malim, manakala Bezza dipandu lelaki anggota tentera berusia 29 tahun dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, anggota tentera berkenaan melihat penunggang motosikal yang berada di hadapan kanannya cuba memotong kereta lain, namun gagal lalu berlanggar dengan Pajero.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang berkenaan terpelanting ke hadapan kereta anggota tentera terbabit dan disebabkan jarak yang dekat, dia tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa sebelum terbabas ke kanan jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, selepas perlanggaran dengan motosikal itu, Pajero bergesel pula dengan Bezza dan berpusing di tempat kejadian.

“Pesara polis dan anggota tentera berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal disahkan maut di tempat kemalangan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – myMetro Online

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd