Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Pesawat Hawk Tentera Udara...

DUBAI - Pesawat tentera udara diraja Arab Saudi dilaporkan terhempas ketika mengadakan sesi...

Banjir: Beberapa Kem PLKN...

KUALA LUMPUR - Beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut terjejas akibat...

Keganasan Di Gaza: Erdogan...

ANKARA - Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh...

Misteri Kehilangan Budak 4...

Antara yang viral dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp sekarang adalah...

Pemuda Maut, Motosikal Rempuh Kerbau

KUALA TERENGGANU – Gara-gara merempuh seekor kerbau, seorang pemuda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang sedang menunggang motosikal Yamaha 125Z maut dalam kemalangan di Kampung Surau Panjang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Muhammad Syawal Jusoh, 24, yang menamatkan pengajian dalam bidang pemasangan platform bagi projek binaan bangunan di ABM Jenagor, Hulu Terengganu baru-baru ini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Sewaktu ditemui, kerbau masih belum diketahui pemiliknya yang dirempuh Muhammad Syawal tersebut juga berada dalam keadaan tenat sebelum disembelih oleh beberapa penduduk kampung.

Ibu mangsa, Zaharah Abdullah, 60, berkata, kejadian merempuh kerbau yang mengorbankan anak kesembilan daripada 11 beradik berkenaan berlaku berhampiran Stor Penyimpanan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Surau Panjang di sini yang agak gelap.

“Sebelum kejadian, anak saya (Muhammad Syawal) sempat pulang sekejap ke rumah selepas bermain bola sepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor, Kedai Buluh di sini.


“Dia kemudiannya keluar semula dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z. Tahu-tahu sahaja kami sekeluarga dimaklumkan anak saya itu terlibat dalam kemalangan merempuh kerbau tidak lama selepas itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini malam tadi. – K! ONLINE

Kategori