• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Cukai Minuman Bergula Tangguh Julai

oleh
07/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula mulai 1 April 2019 kepada 1 Julai 2019 bagi memberi tempoh mencukupi kepada industri pengeluar minuman untuk membuat persediaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, penangguhan itu juga memberi ruang kepada Jabatan Kastam membuat persiapan sewajarnya termasuk mengadakan jerayawara dan melesenkan pengilang minuman bergula di bawah Akta Eksais 1976.

“Kerajaan telah menerima maklum balas dan pandangan daripada pihak industri pengeluar minuman terhadap cadangan pengenaan duti eksais tersebut.

“Setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kerajaan bersetuju menangguhkan pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula mulai 1 April 2019 kepada 1 Julai 2019,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2019 mengenai cadangan untuk memperkenalkan duti eksais mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum dengan nilai ambang kandungan gula.

Berdasarkan pengumuman itu, air minuman di bawah kepala kod tarif 22.02 yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain yang mengandungi gula melebihi lima gram per 100 mililiter (ml) dan jus buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah kepala kod tarif 20.09 yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100ml.

Dalam pada itu, Subromaniam berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan nilai ambang kandungan gula daripada 5 gram per 100ml kepada 7 gram per 100ml bagi produk minuman berasaskan susu yang mengandungi laktosa (flavoured milk) di bawah kepala kod tarif 22.02, tidak termasuk produk minuman susu soya.

“Kenaikan nilai ambang bagi produk ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha untuk terus menggalakkan pengambilan produk berasaskan susu yang mengandungi paras kandungan gula yang lebih sihat di kalangan pengguna,” ujar beliau.

Tags: cukai minuman bergula
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ada Kenaikan Harga Selepas Duti Eksais Minuman Bergula Dilaksana

11/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan duti eksais ke atas minuman bergula sebanyak 40 sen seliter berkuatkuasa 1 Julai lalu memberi kesan...

Cukai Minuman Bergula Berkuatkuasa Hari Ini

01/07/2019
0

PUTRAJAYA - Cukai minuman bergula mula berkuat kuasa hari ini dengan semua syarikat pengeluar minuman diberikan tempoh peralihan selama sebulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd