• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nokia Tampil Telefon Pintar 5 Kamera Belakang!

oleh
08/03/2019
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI era awal tahun 2000 nama Nokia sememangnya menjadi sebutan dan kegilaan pengguna telefon bimbit ketika itu.

Bermula dengan kemegahan Nokia 3210 sehinggalah ke 8210 menjadi rebutan untuk dimiliki.

Namun selepas beberapa tahun jenama telefon bimbit seperti Motorola, Samsung, Alcatel, Apple iPhone dan Ericson mula menenggelamkan kehebatan Nokia.

Malah Nokia juga tidak terus bersaing menghasilkan telefon pintar seiring dengan keperluan masa kini seperti apa yang menjadi trending ketika ini seperti Oppo, Vivo, Sony, Samsung, Huawei dan iPhone.

Tapi apabila tiba-tiba Nokia muncul balik, memang lain macam spesifikasi yang diberikan.

Nokia 9 PureView merupakan salah satu telefon pintar terbaru yang dikeluarkan oleh Nokia.

Benda paling menarik untuk telefon pintar ini tentulah di bahagian kamera dia.

Nokia 9 PureView ini didatangkan bukan dengan tiga kamera tapi lima kamera belakang!

Setiap satunya mempunyai 12 megapixel dengan Zeiss lenses.

Tiga daripada kamera ini mempunyai sensor monochrome dan dua daripadanya mempunyai sensor RGB.

Dengan meletakan lebih banyak kamera berbanding telefon pintar yang ada di pasaran sekarang, Nokia 9 PureView mampu mengambil dengan pelbagai exposure secara serentak.

Ini merupakan salah satu ciri istimewa yang terdapat pada Nokia 9 PureView.

Telefon pintar ini didatangkan dengan Qualcomm Snapdragon 845 dan 6GB RAM.

Bagi bateri pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri sebesar 3,320mAh.

Saiz bateri telefon pintar ini dilihat lebih kecil berbanding telefon pintar lain yang berada dalam pasaran sekarang.

Walaupun begitu, Nokia 9 PureView mempunyai feature wireless charging dan didatangkan dengan Quick Charging dengan mengunakan kabel.

Namun terdapat satu kekurangan iaitu tiada 3.5mm headphone socket pada telefon pintar ini.

Bagi sistem pula, Nokia 9 PureView menggunakan Android 9 dan dikatakan akan mula dijual di pasaran Malaysia.

Buat masa ini Nokia 9 PureView telah mula dijual di USA pada harga USD699, agak mahal juga. Kita tunggu harga Malaysia pula nanti. – Agensi

Tags: Nokia 9Nokia 9 Pureview
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd