Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Tidur Semakin Kurang Tanda...

IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memperuntukkan waktu...

Kes Skandal Hartanah: Exco...

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi ditahan reman...

Laman Santai, Tempat Makan...

ANDA memang duduk area Kuala Selangor atau kebetulan lalu kawasan sini tapi tak...

Penuntut Universiti Didakwa Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di sebuah...

Nama Allahyarham Nik Aziz ‘Kena Petik’ Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba timbul ketika Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (PAS-Pasir Puteh) membahaskan Titah Diraja dalam Sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ia ditimbulkan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mencelah tanpa izin ketika Nik Muhammad Zawawi memberi ucapan mengkritik kerajaan yang dilihat banyak bermain politik.

Rayer ketika itu cuba untuk mengingatkan Nik Muhammad Zawawi tentang peringatan Nik Aziz tentang ‘bahaya kerjasama dengan UMNO’.

“Saya cuma nak beritahu jaga-jaga kerjasama dengan UMNO ni. Ini pesan Tok Guru Nik Aziz, jaga-jaga dengan UMNO ni,” katanya.

Peringatan itu dibalas oleh Nik Muhammad Zawawi yang berkata, mereka sebagai ahli politik tidak perlu diingatkan tentang strategi politik dan beliau lebih rapat dengan Nik Aziz berbanding Rayer.

“Awak tiada hubungan dengan Tok Guru Nik Aziz, saya anak saudara dia,” katanya.

Dewan Rakyat bertukar gamat selepas itu dengan Rayer bertegas beliau pernah melawat Nik Aziz di hospital dan meneruskan peringatan tentang kerjasama dengan UMNO.


Beberapa Ahli Parlimen PAS terus bersuara dan antara yang paling lantang adalah Awang Hashim (PAS-Pendang) yang berkata Nik Aziz sudah meninggal dunia.

“Nik Aziz sudah mati,” katanya.

Kekecohan akhirnya dileraikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff yang meminta Nik Muhammad Zawawi meneruskan perbahasannya.

“Pasir Puteh teruskan dengan isi kandungan perbahasan. Kalau tidak mengundang ribut dari Jelutong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori