Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Bapa Tak Suka BF...

NAK tergelak pun ada! Zaman sekarang ada lagi ibu bapa yang mengambil kira...

800 Peserta Jayakan Program...

KOTA KINABALU - Kira-kira 800 peserta menyertai program Kayuhan Hari Kebangsaan, sempena Bulan...

Restu Ibu Iringi Mohd...

PEKAN : Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya Datuk...

Kumpulan Elit Kremlin Cuba...

KYIV : Agensi perisikan Ukraine mendakwa sejumlah pegawai di Kremlin cuba meracuni Presiden...

Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Di Gunung Raya

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ketika dalam jagaan sepasang suami isteri sejak hujung bulan lalu ditemui mati di satu kawasan hutan di Gunung Raya di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim sebentar tadi.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan terbabit berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Kuala Lumpur petang semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam hasil risikan dan maklumat orang awam.

Penganggur, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang bekerja sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Langkawi dicari selepas polis menerima laporan dibuat oleh seorang wanita Indonesia berhubung kehilangan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah. – K! ONLINE

Kategori