• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Terkandas Dakwa ‘Taukeh’ Larikan Diri

oleh
05/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG mangsa yang terkandas di Monorovia, Liberia sejak 4 Februari lalu menceritakan mereka ditinggalkan begitu sahaja selepas ‘taukeh’ mereka menghilangkan diri apabila gagal mengikat urusan perniagaan di negara itu.

Enyang Ato, 66, antara kumpulan 8 rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu, mendakwa mereka dibawa ke negara itu oleh seorang taukeh dari Sibu yang berkongsi RM30,000 dengan rakan perniagaannya dari Selangau untuk membuka sebuah kem pembalakan di negara itu.

“Kami pergi dengan taukeh ke sana 2 bulan lalu. Dia berada bersama kami selama seminggu sebelum melarikan diri setelah gagal mendapatkan urusan perniagaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sibu (LTS), mangsa yang berasal Kapit itu membuat laporan di pondok polis LTS.

Selain Enyang, kumpulan dari Sarawak itu terdiri daripada Suhaili Gani, 39; Bon Egat, 45; Dingai Nyalak, 47, Salim Tahir, 49; Untol Luyang, 58; Aji Surau, 39 dan Gawan Masin, 41.

“Sukar untuk berkomunikasi dengan orang di sana kerana tidak boleh bertutur bahasa Inggeris. Mujurlah ada rakyat Malaysia yang bekerja dengan Sime Darby di Liberia yang memahami nasib kami dan memberikan nasi,” kata Enyang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii mengiringi kumpulan itu dari KLIA dengan menaiki pesawat AirAsia dan tiba di sini pada jam 9.15 malam ini.

Hanya anggota keluarga Salim, Suhaili dan Dingai hadir di LTS untuk menyambut kepulangan mereka di samping ahli parti DAP dan PKR dari Sibu dan Selangau.

Isteri Dingai, Ros Anyie dari Rumah Rantai di Balingian, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membantu membawa pulang bapa kepada 2 anaknya berusia 13 dan 18 tahun.

“Ini adalah kali ketiga suami pergi bekerja di luar negara dan insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Ros yang mengetahui nasib yang menimpa suaminya beberapa minggu lalu.

Beliau berkata suaminya memberitahunya dia hanya mahu bekerja di luar negara untuk setahun lagi sebelum membuat keputusan mengenai pekerjaannya di sini.

“Terserah kepadanya tetapi bagi diri saya, dia boleh bekerja dalam negara dan bukan mencari rezeki di luar negara,” katanya.

Sementara itu, isteri Salim, Majenah Jeni, 37, berkata, suaminya pernah bekerja di Afrika 2 kali sebelum ini dan tidak menghadapi sebarang masalah.

Menyifatkan insiden tersebut sebagai amat malang, katanya, beliau tidak dapat tidur apabila memikirkan nasib suaminya itu.

“Kini saya rasa lega apabila beliau tiba dengan selamat,” katanya.

Tags: Afrikaterkandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd