• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Isytihar Perang Perdagangan Terhadap EU

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah (EU) tetapi hanya memaklumkan kepada dunia tentang masalah dihadapi Malaysia berikutan keputusan blok itu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, negara tidak mengisytiharkan perang perdagangan dengan EU apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia akan melihat kepada negara lain untuk membeli jet pejuang, daripada membelinya daripada syarikat Eropah berikutan layanan tidak adil EU terhadap pengeluar minyak sawit.

“Apa yang saya lakukan, saya memberitahu dunia bahawa amat tidak adil untuk negara-negara kaya menghalang negara-negara miskin daripada menjadi lebih kaya dengan tidak membeli produk mereka. Itu sahaja. Ia bukan (mengisytiharkan) perang perdagangan,” katanya kepada pemberita pada taklimat yang diadakan bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), di sini hari ini.

Ditanya mengenai hubungan Malaysia-Afrika beliau berkata, perkembangan negara agak perlahan dari segi memupuk hubungan dengan negara-negara Afrika selepas beliau berundur daripada jawatan sebagai perdana menteri sebelum ini, dan adalah amat mencabar untuk beliau meningkatkan hubungan berikutan beliau mempunyai masa yang terhad.

“Saya memberi tumpuan untuk membina hubungan baik dengan negara-negara Afrika. Negara-negara Afrika amat kaya (dan) sebab itu kenapa orang Eropah pergi ke sana dan masih pergi ke sana.

“Sekarang saya menjadi perdana menteri semula, saya ingin melakukan perkara sama. Satu-satunya masalah adalah saya mempunyai tempoh masa yang singkat dan saya terpaksa pulun melaksanakan kerja untuk tempoh 10 tahun dalam masa dua tahun sahaja. Jadi, ia agak sukar,” katanya.

Sementara itu Mahathir berkata, terdapat banyak pihak memohon untuk melabur di Malaysia tetapi kerajaan perlu membuat tapisan agar hanya pelaburan berkualiti diluluskan.

“Kami perlu melihat pelbagai aspek kerana kami tidak mahu timbul masalah di kemudian hari,” katanya.

Mahathir menambah, pelaburan yang diluluskan juga memerlukan masa untuk menjadi kenyataan dan tidak akan berlaku dalam waktu semalaman.

LIMA’19 diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan Resorts World Langkawi akan berakhir pada 30 Mac.

Tags: EUMahathir MohamadPerang Perdagangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

27/06/2025
0

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai 'genosid',...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd