• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MA63: Tak Banyak Beza Pendapat Persekutuan, Negeri

oleh
06/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK banyak perbezaan pendapat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak timbul pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, beberapa kertas kerja berkenaan pelbagai fungsi kerajaan dibentangkan pada mesyuarat itu, dan hampir semuanya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal untuk dikaji secara mendalam sebelum dibincangkan dalam mesyuarat seterusnya.

“Ada yang kita sukar sedikit nak dapat keputusan, ada yang kita tak boleh selesai, kita rujuk kepada Jawatankuasa Teknikal, mereka akan melihatnya (mengkajinya).

“Contohnya mengenai duti setem, ini memerlukan kajian yang lebih mendalam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Perdana Putra di sini, hari ini.

Mesyuarat selama hampir dua jam itu dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Antara yang turut serta ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) Untuk Menyemak MA63 bertujuan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Malaysia, pertama kali bermesyuarat pada 17 Disember lalu.

Tags: Perjanjian Malaysia 1963
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Beri Jaminan Selesai Segera Perjanjian Malaysia 1963

PM Beri Jaminan Selesai Segera Perjanjian Malaysia 1963

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bahawa isu...

PM Mengorak Langkah Ke Hadapan Selesaikan Isu MA63

29/09/2021
0

KUCHING - Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd