• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

oleh
05/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya disyaki terlibat kemalangan sebelum terbakar berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, di sini, awal pagi tadi.

Menurut pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.26 pagi berhubung kebakaran kereta jenis Honda City sebelum tujuh anggota menaiki sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran dan api padam sepenuhnya pada pukul 2.42 pagi. Bomba percaya kereta berkenaan terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang kemudian diserahkan kepada forensik polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenderaan Honda City itu terbakar 40 peratus di bahagian depan manakala mangsa rentung hampir 100 peratus.

Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian dan punca sebenar masih dalam siasatan.

Tags: kemalanganrentung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd