• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korek Pasir Tiada Permit, Henti Kerja Serta-Merta

oleh
29/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Pihak berkuasa hari ini mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir di perairan Jelutong di sini dihentikan serta-merta selepas didapati tidak memiliki permit atau kebenaran melakukan kerja tersebut.

Arahan itu dibuat selepas beberapa agensi pihak berkuasa iaitu Polis Marin; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pejabat Tanah dan Galian negeri melakukan siasatan di tapak kerja mengorek pasir tersebut petang tadi.

Menurut jurucakap Polis Marin, pihaknya difahamkan kerja-kerja mengorek pasir itu merupakan projek di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dipercayai untuk menanam paip air.

“Ketika meninjau lokasi itu petang ini, kita dimaklumkan ia merupakan projek PBAPP, namun mereka mengakui tidak mempunyai permit untuk melakukan kerja-kerja mengorek pasir tersebut.

“Sehubungan itu, kita mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir tersebut dihentikan segera sehingga permit atau kelulusan diberikan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan nelayan di sini mendedahkan mengenai aktiviti korek pasir itu yang dikesan di perairan Jelutong di sini pada jarak kira-kira satu batu nautika dari daratan.

Kerja mengorek pasir itu didakwa berjalan setiap hari sejak awal bulan lalu sehingga menyebabkan air laut menjadi kotor akibat lumpur serta kelodak menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurang lebih 50 peratus.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ketika dihubungi mengesahkan kerja mengorek pasir tersebut merupakan projek PBAPP namun tidak mengulas lanjut.

Usaha Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa sehingga petang ini juga gagal selepas tidak mendapat maklum balas.

Difahamkan, bagi kerja-kerja mengorek pasir di bawah tiga batu nautika dari daratan, kelulusan dan kebenaran terletak sepenuhnya di bawah kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAP Pulau Pinangjelutongkorek pasir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

04/12/2025
0

Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,...

Tiada Keperluan Bubar DUN Pulau Pinang – Kon Yeow

28/02/2020
0

BATU KAWAN - Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, jika Parlimen dibubarkan di peringkat Persekutuan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd