• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korek Pasir Haram Di Perairan Jelutong?

oleh
28/03/2019
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Siapa yang bertanggungjawab mengorek pasir di perairan Jelutong yang sedang giat berjalan ketika ini?

Itu persoalan yang menjadi misteri dan tanda-tanya daripada aktiviti mengorek pasir itu yang difahamkan sudah berjalan sejak awal Februari lalu sehingga kini.

Apa yang menghairankan, pasir yang dikorek pada jarak kira-kira satu nautika dari perairan Jelutong menggunakan dua jengkaut itu kemudiannya dilonggokkan di pesisir pantai Macallum, Georgetown di sini, untuk kegunaan yang tidak dapat dipastikan.

Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad, pihaknya tertanya-tanya mengenai status projek korek pasir itu sama ada diluluskan pihak berkuasa khususnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau sebaliknya.

Ini kerana, katanya, projek itu bermula secara tiba-tiba sejak Februari lalu tanpa pihak nelayan dimaklumkan atau tanpa sebarang kajian impak alam sekitar (EIA) dibuat terlebih dahulu.

Malah, lebih dikesalkan aduan mereka kepada agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tidak mendapat maklum balas apabila aktiviti mengorek pasir itu terus berjalan sehingga kini seolah-olah di luar penglihatan pihak berwajib.

Akibatnya, tambah beliau, nelayan di negeri ini khususnya lebih 600 orang yang berpusat di perairan Jelutong dan Sungai Pinang terjejas mata pencarian akibat pencemaran laut disebabkan lumpur dan kelodak daripada aktiviti mengorek pasir tersebut.

Malah, katanya, peralatan menangkap ikan nelayan seperti pukat, bot dan enjin juga rosak akibat lumpur tebal menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

“Lebih daripada itu, kawasan yang dikorek itu juga merupakan habitat kepada anak-anak ikan, udang dan ketam untuk membiak dan semuanya kini musnah akibat aktiviti itu.

“Nelayan kini juga hilang pendapatan lebih 50 peratus dan hidup semakin terhimpit apatah lagi dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nazri, pihaknya hairan bagaimana pemaju boleh sewenang-wenangnya mengorek pasir di kawasan laut yang sangat dekat dengan pantai itu tanpa disedari pihak berkuasa.

Ini kerana, katanya, kerja-kerja mengorek pasir itu bukan sahaja sudah berjalan sejak dua bulan lalu, malah dilakukan hampir setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga lewat malam.

Selain itu, katanya, kawasan laut yang dikorek seluas kira-kira satu kilometer persegi tersebut juga bukan kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti terbabit yang kini dikhususnya hanya di Tanjung Piandang.

“Apa yang dapat disimpulkan, pemaju mengambil jalan mudah dengan mengorek pasir di kawasan perairan ini kerana lebih dekat dengan pantai selain pasirnya lebih banyak.

“Mereka juga dapat menjimatkan kos kerana pasir di sini boleh dikorek hanya pada kedalaman satu meter berbanding lebih 20 meter jika diambil di Tanjung Piandang,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri turut mengingatkan pihak berwajib yang mana kerja-kerja mengorek pasir tersebut jika tidak dihentikan segera boleh membahayakan nyawa orang ramai.

Ini kerana, katanya, lumpur dan kelodak akibat pengorekan pasir akan mencemarkan hidupan laut yang ditangkap nelayan dan dijual di pasaran termasuk dengan bakteria E. coli dan Salmonela. – UTUSAN ONLINE

Tags: jelutongkorek pasirPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd