• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah Nasional Berhad Rugi RM6.3 Bilion

oleh
05/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHAZANAH Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.

Ini merupakan kerugian pertama yang dicatat syarikat pelaburan kerajaan dalam tempoh 10 tahun.

“Keuntungan terjejas disebabkan penghapusan pelaburan yang sedikit, pengurangan pendapatan dividen dan rosot nilai yang tinggi.

“Rosot nilai direkodkan pada RM7.3 bilion pada 2018, meningkat RM5 bilion berbanding 2017,” kata Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam kenyataan yang diedarkan pada Selasa.

Menurut beliau, pada 2018, kerajaan memulakan pelan penstrukturan dan penyusunan semula Khazanah termasuk menukar kepimpinan dan Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan.

Susulan itu, Khazanah turut menyemak dan menilai semula pelaburan cabang pelaburan kerajaan itu.

“Perubahan ini diterjemahkan kepada prestasi kewangan Khazanah pada 2018,” kata beliau lagi.

Sementara itu Nilai portfolio Khazanah Nasional Berhad turun 21.6 peratus kepada RM91 bilion setakat 31 Disember 2018 berbanding RM116 bilion tahun sebelumnya.

Nilai itu diukur berdasarkan Nilai Bersih Diselaras (NWA).

Nilai Aset Direalisasi (RAV) turut menyusut kepada RM136 bilion berbanding RM157 bilion bagi tempoh sama.

“Prestasi kami bagi 2018 terjejas disebabkan beberapa perkembangan ekonomi dan sosial semasa global dan domestik.

“Portfolio Khazanah terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global pada 2018 yang menyaksikan pasaran perlahan susulan ketegangan geopolitik serta unjuran lemah pertumbuhan negara pesat membangun,” kata Shahril Ridza lagi.

Bagi 2019, Khazanah, ujar beliau, akan memberi tumpuan kepada mengimbangkan kembali strategi portfolio dan mengukuhkan kedudukan kewangan.

Aspek berkenaan termasuk memberi tumpuan kepada aset strategik seperti lapangan terbang di bawah Malaysia Airports, konsesi lebuhraya di bawah PLUS serta Malaysia Airlines.

“Kami memberi tumpuan kepada aset strategik asas yang memberikan kesan berpanjangan kepada ekonomi Malaysia,” tambah beliau. – Astro AWANI

Tags: Khazanah Nasional Berhad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah

02/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional...

Hassan Marican Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. untuk menumpukan perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd