Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pemilik Restoran Dikesan Letak...

PETALING JAYA - Pemilik restoran dalam insiden rempuhan kenderaan pacuan empat roda yang...

Kerajaan Kaji Bantuan Tambahan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh...

Teliti Cara Selesai Masalah...

TAWAU - Penelitian secara holistik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perumahan polis, khususnya...

TFC 1 Mara Ke...

KUALA TERENGGANU - Kelab Liga Super, Terengganu FC 1 (TFC 1) menempah tiket...

Ketuk Kepala Menteri Tak Lulus Hospital Semenyih – PM

PERDANA Menteri memberi peringatan sambil menyindir barisan Kabinet bahawa calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali boleh meminta hospital baharu seperti yang diimpikannya untuk penduduk Semenyih.

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimanapun, permintaan itu harus dipertimbangkan jika calon PH berkenaan menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, di bawah kerajaan PH, jika Muhammad Aiman menang, dia boleh tunaikan janji-janjinya kepada rakyat berbanding calon Barisan Nasional.

“Selepas menang, dia (Muhammad Aiman) boleh bisik kat menteri-menteri, eh! kami nak hospital lah. Kalau menteri berkenaan tak bagi juga, kita ketuk kepala dia,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Ceramah Perdana PH di pekarangan Tesco Semenyih, di sini malam tadi.


Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – UTUSAN ONLINE

Kategori