• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belum Buat Keputusan Iktiraf UEC – Maszlee

oleh
21/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sekolah persendirian Cina atau tidak.

Menterinya Maszlee Malik berkata, perkara itu masih lagi dalam peringkat libat urus serta proses mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak.

“Sepertimana yang kita maklum, kami (kementerian) telah menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dasar UEC, dan hari ini akan diadakan sidang media di pejabat KPM untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa serta membentangkan sebahagian daripada aktiviti yang dilaksanakan.

“Oleh itu, belum ada keputusan yang dibuat dan sebarang keputusan akan diputuskan di Kabinet,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ismail Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu adakah kerajaan telah mengiktiraf sijil UEC.

Mengenai iklan pengambilan lepasan UEC bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) pula yang menimbulkan kontroversi, Maszlee menjelaskan ia dimulakan sejak 2012 ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kementerian tidak pernah melaksanakan dasar diskriminasi terhadap mana-mana bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di Malaysia.

“KPM sentiasa memastikan mata pelajaran bahasa ibunda dikemas kini dalam aspek kurikulum, bahan bantu belajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar bahasa berkenaan dilaksanakan dengan berkesan dan penuh kualiti,” katanya.

Tambahnya, keperluan menguasai bahasa Melayu adalah penting untuk memupuk perpaduan dan identiti warga Malaysia, manakala penggunaan bahasa Inggeris bagi membentuk individu yang bersedia bersaing di peringkat antarabangsa, di samping bahasa Cina dan Tamil masih dikekalkan sebagai mata pelajaran teras di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Beliau menjawab soalan asal Steven Choong Shiau Yoon (PH-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula perenggan-perenggan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilihat mendiskriminasi pendidikan bahasa ibunda.

Tags: Maszlee MalikUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd