• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pinda, Mansuh Akta Hasutan Masa Terdekat

oleh
19/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada kerajaan PH akan memansuh atau meminda Akta Hasutan 1948 akan dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Katanya perkara itu kini sedang dikaji dan pada dasarnya kerajaan sememangnya dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan untuk memansuhkan.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa sekiranya terdapat sesiapa sahaja (disiasat) di bawah Akta Hasutan, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk tidak menggunakan akta itu terhadap mereka yang terlibat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai komitmen kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Menjawab soalan asal Wong Shu Qi (PH-Kluang) sama ada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad setuju dengan penahanan individu yang mengkritiknya, Vui Keong berkata kerajaan mengambil pendirian bahawa seseorang ahli politik perlu menerima sebarang kritikan khususnya kritikan membina.

“Kebebasan untuk mengkritik bagaimanapun tidak bermakna sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kata-kata dengan tujuan memfitnah seseorang atau reputasi peribadi individu tersebut kerana memfitnah adalah satu kesalahan di bawah undang-undang,” katanya.

Tags: Akta HasutanLiew Vui Keong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia-Singapura Harus Ada 3 Hingga 4 Jambatan

Next Post

Pencemaran Toksik: 395 Pesakit Dapatkan Rawatan

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

Pencemaran Toksik: 395 Pesakit Dapatkan Rawatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd