• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Kor Ming Tidak Adil!

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyifatkan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang memerintahkan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) dilarang memasuki Dewan Rakyat selama tiga hari sebagai penyalahgunaan kuasa dan keputusan yang tidak adil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara yang dibangkitkan oleh Noh semalam merupakan isu di luar Parlimen dan di atas kapasiti Kor Ming sebagai seorang pemimpin DAP.

“Saya percaya Tanjung Karang hanya minta penjelasan daripada Kor Ming dan jika tidak benar, Ahli Parlimen Teluk Intan itu boleh mengambil tindakan saman terhadap media yang melaporkan.

“Hari ini Teluk Intan mengambil tindakan yang mempertahankan tindakannya di luar Dewan, menggunakan kuasanya dengan membuat petua dan mengeluarkan Tanjung Karang daripada Dewan Rakyat selama tiga hari,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Kor Ming hari ini memutuskan Noh dilarang memasuki Dewan Rakyat selama tiga hari susulan tindakan Noh semalam yang melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan apabila melemparkan tuduhan terhadap Kor Ming bahawa tidak layak memegang jawatan berkenaan.

Berikutan keputusan itu, kesemua Ahli Parlimen BN dan PAS bertindak memprotes dan keluar dari Dewan Rakyat ketika Kor Ming mempengerusikan sesi sidang Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, keputusan Kor Ming itu merupakan suatu ketidakadilan terhadap Noh.

“Memang perintah itu menjadi hak kepada Timbalan Yang Dipertua di bawah Peraturan 43 dan 44 cuma agak aneh kerana amalan kita sekiranya Yang DiPertua ingin memberikan petua-petua, Ahli Parlimen yang terlibat perlu berada di dalam Dewan untuk mendengar apakah petua yang ingin disampaikan.

“Dalam kes ini, Tanjung Karang mesti berada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar setiap patah perkataan dan petua yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Tanjung Karang setelah mendengarnya bolehlah menilai dan meneliti nasihat dan petua itu yang kemudiannya bolehlah menarik balik dan memohon maaf,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Dewan RakyatNga Kor MingNoh Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Mula Tanya Bila Nga Kor Ming Akan Letak Jawatan?

Netizen Mula Tanya Bila Nga Kor Ming Akan Letak Jawatan?

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming akan meletakkan jawatan mula dibangkitkan...

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

21/08/2026
0

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd